PENTING: Sila Buat Confirmation Emel
Jom Tukar Link
Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru
Putrajaya Semakin Hampir...
salam sejahtera semua..
Ada beberapa pengunjung menghubungi saya dan bertanya tetang koleksi video reformasi yang ada pada saya apakah saya mempunyai video reformasi dan ucapan DSAI yang penuh.
Terutamanya video ketika era Reformasi 1998 dahulu ataupun yand dinamakan 'Suara Reformasi' dan siri ekslklusif dokumentari pendedahan Konspirasi 1998 yang telah menjatuhkan DSAI sebagai Timb. Perdana Menteri ketika itu yang durasinya lebih daripada sejam. Dokumentari itu dibuat oleh stesen TV antarabangsa yang mana di dalamnya terdapat pengakuan Sukma Darmawan, Munawar dan sebahagian lagi yang berkaitan dengan konspirasi yang berlaku pada masa itu.
Dalam video itu mereka menceritakan bagaimana mereka telah diseksa dan diugut untuk memberikan pengakuan palsu dan secara paksa bahawa kononnya tuduhan2 terhadap DSAI adalah benar2 berlaku.
Selain itu seorang tokoh konspirator jg telah menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku termasuk bagaimana dia dan team propaganda telah menerima arahan dari PM pada masa itu untuk melaksanakan satu konspirasi bagi menghalang DSAI menjadi Perdana Menteri. Mereka ini merupakan orang-orang penting dan yang telah bekerja keras dalam melaksanakan propaganda dan konspirasi tersebut.
2 video ini (Suara Reformasi 1998 & Video Konspirasi Terbongkar) patut ditonton oleh para penyokong reformasi agar kita mendapat gambaran sebenar bagaimana gerakan reformasi ini sebenarnya bermula. Juga di dalam 2 video ini terdapat ulasan-ulasan daripada 2 tokoh yang kuat berjuang mempertahankan DS Anwar pada ketika itu yang pada masa kini salah seorangnya masih di 'sini' dan yang satu lagi sudah di 'sana'. Mereka ialah YB Azmin Ali dan sdr Ezam Nor.
Di dalam video Suara Reformasi yang juga berdurasi selama lebih sejam itu, anda akan dapat melihat suasana Kuala Lumpur yang dipenuhi oleh rakyat menunjukkan perasaan marah pada kerajaan ketika itu. Dan yang paling menarik ialah, kita dapat mendengar ucapan-ucapan penuh semangat DSAI pada ketika itu. Bagi saya, ucapan ketika era reformasi adalah ucapan terbaik DSAI setakat ini. Penuh dengan semangat dan tenaga. Ditambah lagi dengan laungan Mahathir Undur!
Namun begitu, saya minta maaf kerana video-video ini tidak dapat saya upload ke mana-mana hosting percuma kerana saiznya yang besar(>100MB) bagi setiap satu dan juga talian internet yang perlahan di pihak saya.
Jumlah saiz kedua video ini sahaja sudah menjangkau hampir 300MB. Saya pernah cuba memuat naikkan sebelum ini ke beberapa hosting tetapi gagal. Oleh itu hari ini dalam keadaan politik yang semakin kucar kacir dan DSAI yang menghadapi tuduhan liwat kali kedua ini, saya mengambil keputusan untuk share video2 tersebut bersama para pengunjung yang berminat dan mahu menyimpan video2 tersebut.
Jika anda berminat untuk mendapatkan video2 tersebut, disebabkan masalah hosting dan upload proses di pihak saya, anda boleh menghubungi saya di emel teman4u{at}yahoo{dot}com untuk membuat tempahan. Saya akan burn video-video tersebut ke dalam CD dan saya akan masukkan bersama video2 tersebut ucapan DSAI daripada list2 di bawah(yg mana muat):
Konspirasi Jatuhkan DSAI 1998.mp4 (147MB)
Suara Reformasi 1998.mp4 (148MB)
Anwar Kedah.wmv 1:04:55
Anwar dungun.wmv 1:05:38
Anwar Kelantan.flv 0:54:10
Anwar sgbuloh.wmv 0:50:28
Anwar Boikot Batu talam.wmv 0:49:57
Anwar Setiu.wmv 0:46:10
Anwar Bangi.rm
Anwar Kempen di Parlimen Batu.mp4 (111MB)
Anwar Black 14 (126MB)
Anwar Cheng, Melaka (107MB)-[18.Julai.2008]
Anwar Protes GERAMM Kelana Jaya (77.5MB)-[6.Julai.2008]
Anwar Stadium Melawati-[1.Julai.2008]
Anwar Isu Correct3x Vk LIngam (123MB)-[29.September.2007]
Anwar N9 (262MB)- [10.Julai.2008]
Anwar N9 Awas Mahathir.mp4 01:09:34 (280MB)- [2006]
Anwar Penjelasan Isu HINDRAF 00:38:43 (120MB)- [14.December.2007]
Anwar Kempen Permatang Pauh 00:37:53 (116MB)- [1.March.2008]
Anwar hits out at Malaysian Ministers.mp4 00:30:05 (92.4MB)- [17.November.2008]
The Future of Muslim Democracy.mp4 00:53:02 (82.8MB)
Reformasi 1,2 & 3.mp4 (47.2MB)
Saifuddin Nasution Kuala terengganu 00:45:10 (92.1MB)
Saifuddin Nasution Pakatan Menantu-Mertua
Saifuddin Nasution Pendedahan Konspirasi Liwat (62MB) [13.Julai.2008]
Anwar Kempen Wangsa Maju 00:31:18 (73.7MB)- [28.Feb.2008]
PilihanRayaAltantuya.avi (85.8MB)
Ada banyak lagi...
Satu CDR kosong bersaiz 700MB. Jadi selepas saya memasukkan video konspirasi dan suara reformasi bermakna akan ada lagi space baki sebanyak 400MB. Saya akan masukkan mana2 video dalam list di atas berdasarkan permintaan anda. 1 CD tak cukup untuk memuatkan semua video di atas. Mungkin memerlukan 2 ataupun 3 CD. Jika anda berminat, anda boleh menghubungi saya di teman4u{at}yahoo{dot}com.
Untuk cover kos saya beli CD, burn(Burner saya problem.Guna kawan punya je la), dan penghantaran saya perlukan RM10 bagi setiap CD. Sekiranya anda mahukan semua Video dalam list di atas, hanya bernilai RM20 walaupun seandainya saya terpaksa menggunakan 3 CD. Penghantaran CD ke alamat anda akan dilakukan melalui Pos express(yang dijamin sampai esok tu.hehe). Sepatutnya hanya akan mengambil masa dalam 2-4 hari untuk sampai ke alamat anda.
Perhatian: Saya akan burn hanya dalam format data disc yang bermakna, hanya untuk ditonton melalui komputer dan laptop. Bukan dalam format VCD iaitu untuk tontonan melalui vcd player dan televesyen. Harap maklum.
Jadi, sekiaranya anda mahu memiliki video2 tersebut, sila hubungi saya di teman4u{at}yahoo{dot}com. Di sana baru kita bincang pasal alamat dan akaun pembayaran.
Terima kasih kerana sudi melawat Videoreformasi.blogspot.com dan Salam reformasi!!!
Pelajari 150 rahsia silap mata
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Awal-awal pagi lagi mereka sudah datang mengantar surat saman ke rumah pemimpin2 PKR. Tindakan pantas dalam menyelesaikan aduan dan kes adalah dipuji, tapi persoalannya kenapakah apabila sesuatu aduan itu bersangkut paut dengan parti pembangkang sahaja baru mereka kelihatan tegas dan pantas? Bagaimana pula dengan kes di terengganu yang mana institusi beraja dihina dgn panggilan 'Natang'? Mereka diam membisu dan terdiam malu-malu. Inilah antara sikap profesional dan takut dan kecut kepada pemerintah yang nampak terang dan nyata.
Apabila rakyat bersama-sama pakatan rakyat berkumpul ramai-ramai untuk mendengar amanat pemimpin-pemimpin mereka, perhimpunan ini akan dipanggil dan digelar perhimpunan haram. Kenapa haram? Sebab perhimpunan itu tidak mendapat permit. Persoalannya, sejak bila perhimpunan seperti itu yang dilakukan oleh parti pembangkang pernah mendapat permit polis? Tak payah minta pun dah tau jawapan.
Ironinya, apabila melayu-melayu BN membuat demonstrasi yang boleh menimbulkan kekacauan dan isu perkauman, polis bertindak terlalu lembut dan 'berhemah'. Tidak pernah mereka membazirkan gas pemedih mata dan air kimia untuk ditembak dan disembur kepada mamak2 perusuh ni tadi. Media pembodek pulak seperti TV3, RTM dan utusan malaysia akan memberikan gelaran yang amat lembut kepada perhimpunan golongan perusuh ni dengan panggilan 'Perhimpunan Aman'. Haha rasa nak termuntah mendengarnya. Apabila mereka yang buat, mereka dipuji. Apabila orang lain buat, bukan main lagi mengeji.
Terbaru dalam kes perhimpunan rakyat sempena Black 14. Kita setuju bahawa pada malam tu pihak polis kelihatan begitu 'sporting'. Mereka pada awalnya tidak mengganggu majlis langsung malahan hanya tolong mengawal lalu lintas. Bahkan ada abang polis yang sempat mengambil sticker AIC dan tersenyum malu-malu sebelum menyimpannya ke dalam poket. Ternyata mereka amat sporting malam tu.
Tapi entah apa yang sebenarnya berlaku, tiba-tiba sahaja keadaan ni berubah selepas mereka mendapat arahan untuk meminta majlis ditamatkan awal. Esok paginya pula, sebelum ayam bangun sarapan pagi lagi ada sudah polis yang dihantar ke rumah para pemimpin PKR untuk menghantar saman. Fuhh...cekap dan cergas sungguh mereka dalam menjalankan tugas. Kan bagus kalau begini cekap juga mereka ketika menyiasat kes Altantuya. Sebenarnya rakyat bukan bodoh, rakyat tahu bahawa ada pihak yang sengaja nak menyibukkan PR dengan perkara-perkara seperti ini. Kononnya nak mengugut dan menakutkan Dato Seri Anwar. Tidak lama lagi, mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim pula akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kononnya majlis black 14 boleh menimbulkan kekacauan. Lawak jenaka sungguh. Mari kita sama-sama saksikan adakah akan berlaku seperti kes BPR dalam kes VK Lingam dulu. Mahu mengugut tetapi akhirnya leher sendiri yang terjerut.
Hakikatnya mereka salah orang. Makin tekan, makin lawannn!!!
Labels: Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Salam Reformasi
Ramai sangat yang datang. Bakal PM mendapat sokongan yang padu dari rakyat.
Labels: Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Salam Reformasi
Namun peristiwa penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim dari dalam kerajaan dan dari jawatan nombor 2 negara iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia.
Selama 10 tahun itu jugalah tuduhan demi tuduhan terus dilemparkan kepada Dato Seri Anwar. Bukan sedikit fitnah yang ditabur dan begitu jugalah bukan sedikit dosa yang penyebar-penyebar fitnah kumpul. Tuduhan-tuduhan seperti liwat, agen amerika, agen CIA, agen yahudi, kaki perempuan,zina dan pelbagai lagi yang kotor-kotor bagaikan tidak pernah berhenti terus dilemparkan oleh kaki fitnah.
Bagaikan tidak ada ertinya kepada mereka Sumpah Keramat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 10 tahun yang lepas dengan lafaz nama Allah menafikan semua tuduhan yang dibuat terhadapnya. Ramai rakyat yang simpati kepada Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi ada juga golongan yang buta mata hatinya dan masih mahu membenarkan tuduhan dan cemuhan mamak bendahara. Mungkin bagi mereka, kata-kata 'Mamak Bendahara' alias Dr Mahathir lebih besar maknanya dan lebih layak dipercayai berbanding sumpah dengan nama Allah. Sungguh tragis. Padahal mereka mengaku beragama Islam.
Mungkin juga mereka termakan kata-kata Tun Mahathir ini yang pernah berkata bahawa orang yang peribadinya seperti Anwar Ibrahim yang kononnya kaki perempuan dan liwat untuk sekian tahun lamanya itu memang sanggup dan berani bersumpah di dalam masjid. Jadi katanya, sumpah oleh orang ini memang tidak boleh diambil berat. Tetapi yang sebenarnya, Tun Mahathir pernah beberapa kali memperlekehkan Sunnah Nabi seperti mempermainkan janggut, tudung dan mengatakan bahawa orang melayu tidak makan babi bukan sebab benda lain tapi sebab memang dididik begitu dari kecil lagi. Kalau sunnah nabi pun berani dia perlekehkan, apa sangatlah nak tuduh, fitnah, aibkan dan pukul orang tu bagi tokoh ni. Jadi, di antara dua tokoh ini yang mana satukah lebih layak dipercayai?
Adakah seorang yang mampu memimpin keluarganya menutup aurat, mempunyai asas agama yang baik dari kecil lagi tetapi tiba-tiba dilempar dengan pelbagai tuduhan yang tidak pernah dibuktikan itu ataupun seorang lagi yang memang terang-terang mempermainkan sunnah nabi dan tidak pernah meminta maaf dan menyatakan insaf? Yang mana satukah lebih layak dipercayai?
Sekarang mamak itu terus lagi melempar tuduhan. Dia memang tidak pernah menyesal. Tidak mahu insaf. Adakah kerana sumbangan dia terhadap pembangunan negara untuk 2 dekad itu menghalalkan dia untuk memfitnah orang dan seterusnya untuk kekal ego walaupun umur dah nak masuk pukul 6?
Para pembaca boleh menonton sendiri rakaman sumpah Dato seri Anwar Ibrahim dgn nama Allah, bagaimana konspirasi dirancang dan pengakuan sukma adik angkat Anwar Ibrahim. Mari sebarkan kebenaran.
Labels: Anwar Youtube, Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Salam Reformasi
Burung Rajawali itu semakin yakin menantikan hari kemenangannya. Lontaran kiasan itu dipunggah melalui sajak W. S Rendra, seorang penyair terkenal Indonesia. Sebenarnya, MB Selangor Tan Sri Khaled Ibrahim menisbahkan rajawali kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 April lalu ketika membacakan puisi itu sebelum Anwar memulakan ucapannya.
"Bermula malam ini, tamatlah perundangan zalim yang menyekat penglibatan Anwar di dalam politik negara," kata Azmin Ali sebelum itu.
Dingin angin April yang bertiup malam itu membungkus seribu kenangan ke atas Anwar sendiri ketika menyifatkan sebatang sungai berhampiran Yayasan Anda di Kg Baru sebagai Sungai Firdaus yang berada di syurga. Malah, banyak kisah sejarah di situ yang menyebabkan tempat tersebut telah dipilih sebagai tempat perhimpunan rakyat.
Selain itu, pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman dapat dilakukan tanpa halangan memandangkan MB Selangor adalah presiden kelab tersebut, sekali gus menyulitkan operasi polis menghalau rakyat...<more...>
Labels: Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Salam Reformasi
Rajawali sudah kembali. Menggempur musuh menegakkan kebenaran. Mempertahankan keadilan. Anwar Ibrahim akan memimpin kita dalam perjuangan ini. Salam Reformasi!!!
Labels: Anwar Youtube, Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Salam Reformasi
Dalam video ini, Sukma mendedahkan bagaimana dia diseksa dan diugut oleh polis SB untuk membuat pengakuan palsu bahawa dia pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Kalau dah diseksa sampai 10 hari berturut2, kita pun mungkin belum tentu dapat bertahan.
Itulah yang berlaku kepada Sukma. Daripada 'tidak' dia terpaksa menukar jawapan menjadi 'ya' atas seksaan, ugutan, dan ancaman yang terus menerus dilakukan kepadanya selama dia ditahan.
Bertaubatlah dan hentikan fitnah. Mmg nyata bahawa Dato Seri Anwar adalah mangsa fitnah dan konspirasi politik yang kotor peringkat tertinggi negara pada masa itu.
Labels: Anwar Youtube, Black 14, Pakatan Rakyat, Salam Reformasi
Telah 10 tahun berlalu.
Namun peristiwa penyingkiran Dato' Seri Anwar Ibrahim dari dalam kerajaan dan dari jawatan nombor 2 negara iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia.
Namun di sebalik itu, ada yang masih termakan fitnah yang dilemparkan kepada Dato Seri Anwar. Pelbagai cemuhan dan fitnah kononnya beliau liwat, agen amerika, agen CIA, agen yahudi, kaki perempuan dan zina dan pelbagai lagi yang kotor-kotor. Dato Seri Anwar sudah menafikannya dengan nama Allah seperti yang anda boleh tonton di http://www.youtube.com/watch?v=hoWEsy... . Syukurlah sbb ramai yang tersedar bahawa itu cumalah fitnah dan penipuan jahat untuk memusnahkan karier politik DSAI. Tapi ada juga yang terus tidur dan menjadi penyebar fitnah yang sebenarnya tidak disertai hujah-hujah malahan cuma cemuhan-cemuhan kosong itu sahaja. Kepada mereka ini, jika tidak mahu insaf juga, biarkan mereka jawab sendiri di dalam kubur dan di depan Tuhan.
Video ini sedikit membongkar bagaimana dan siapa yang mengarahkan konspirasi dirancang untuk menyingkirkan DSAI. Semoga mereka insaf dan bagi yang sudah tua tapi masih lagi ego tidak bertempat dan terus menerus melempar fitnah, biarkan sahaja. Sampai masanya, dia akan jawab juga. Saksikan Bagaimana konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim dirancang.
Labels: Anwar Youtube, Black 14, Salam Reformasi
Siri 3-Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim, Black 14 2008
Siri 2-Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim, Black 14 2008
Terima kasih dan tahniah kepada yang hadir ke perhimpunan bersejarah dan keramat Black 14 di kpg Baru malam tadi. Mari kita saksikan ceramah Dato Seri Anwar pada malam tadi. Ceramah Black 14 2008.