PENTING: Sila Buat Confirmation Emel
Jom Tukar Link
Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru
Putrajaya Semakin Hampir...
Thanks for watching...
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Labels: Anwar Youtube, Download Video, Perhimpunan
Mp3 ucapan DSAI menjelaskan isu HINDRAF. Boleh dengar dan download di bawah.
(Klik PLAY untuk dengar)
Thanks for watching...
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Labels: Kempen PRU 12, Mp3 Reformasi, Perhimpunan, Salam Reformasi
DSAI berucap di sabah. Kuala Lumpur dan Putrajaya mengintai dari tirai kamar....Apakah di sebalik ucapan?
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Awal-awal pagi lagi mereka sudah datang mengantar surat saman ke rumah pemimpin2 PKR. Tindakan pantas dalam menyelesaikan aduan dan kes adalah dipuji, tapi persoalannya kenapakah apabila sesuatu aduan itu bersangkut paut dengan parti pembangkang sahaja baru mereka kelihatan tegas dan pantas? Bagaimana pula dengan kes di terengganu yang mana institusi beraja dihina dgn panggilan 'Natang'? Mereka diam membisu dan terdiam malu-malu. Inilah antara sikap profesional dan takut dan kecut kepada pemerintah yang nampak terang dan nyata.
Apabila rakyat bersama-sama pakatan rakyat berkumpul ramai-ramai untuk mendengar amanat pemimpin-pemimpin mereka, perhimpunan ini akan dipanggil dan digelar perhimpunan haram. Kenapa haram? Sebab perhimpunan itu tidak mendapat permit. Persoalannya, sejak bila perhimpunan seperti itu yang dilakukan oleh parti pembangkang pernah mendapat permit polis? Tak payah minta pun dah tau jawapan.
Ironinya, apabila melayu-melayu BN membuat demonstrasi yang boleh menimbulkan kekacauan dan isu perkauman, polis bertindak terlalu lembut dan 'berhemah'. Tidak pernah mereka membazirkan gas pemedih mata dan air kimia untuk ditembak dan disembur kepada mamak2 perusuh ni tadi. Media pembodek pulak seperti TV3, RTM dan utusan malaysia akan memberikan gelaran yang amat lembut kepada perhimpunan golongan perusuh ni dengan panggilan 'Perhimpunan Aman'. Haha rasa nak termuntah mendengarnya. Apabila mereka yang buat, mereka dipuji. Apabila orang lain buat, bukan main lagi mengeji.
Terbaru dalam kes perhimpunan rakyat sempena Black 14. Kita setuju bahawa pada malam tu pihak polis kelihatan begitu 'sporting'. Mereka pada awalnya tidak mengganggu majlis langsung malahan hanya tolong mengawal lalu lintas. Bahkan ada abang polis yang sempat mengambil sticker AIC dan tersenyum malu-malu sebelum menyimpannya ke dalam poket. Ternyata mereka amat sporting malam tu.
Tapi entah apa yang sebenarnya berlaku, tiba-tiba sahaja keadaan ni berubah selepas mereka mendapat arahan untuk meminta majlis ditamatkan awal. Esok paginya pula, sebelum ayam bangun sarapan pagi lagi ada sudah polis yang dihantar ke rumah para pemimpin PKR untuk menghantar saman. Fuhh...cekap dan cergas sungguh mereka dalam menjalankan tugas. Kan bagus kalau begini cekap juga mereka ketika menyiasat kes Altantuya. Sebenarnya rakyat bukan bodoh, rakyat tahu bahawa ada pihak yang sengaja nak menyibukkan PR dengan perkara-perkara seperti ini. Kononnya nak mengugut dan menakutkan Dato Seri Anwar. Tidak lama lagi, mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim pula akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kononnya majlis black 14 boleh menimbulkan kekacauan. Lawak jenaka sungguh. Mari kita sama-sama saksikan adakah akan berlaku seperti kes BPR dalam kes VK Lingam dulu. Mahu mengugut tetapi akhirnya leher sendiri yang terjerut.
Hakikatnya mereka salah orang. Makin tekan, makin lawannn!!!
Labels: Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Salam Reformasi
Ramai sangat yang datang. Bakal PM mendapat sokongan yang padu dari rakyat.
Labels: Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Salam Reformasi
Burung Rajawali itu semakin yakin menantikan hari kemenangannya. Lontaran kiasan itu dipunggah melalui sajak W. S Rendra, seorang penyair terkenal Indonesia. Sebenarnya, MB Selangor Tan Sri Khaled Ibrahim menisbahkan rajawali kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 April lalu ketika membacakan puisi itu sebelum Anwar memulakan ucapannya.
"Bermula malam ini, tamatlah perundangan zalim yang menyekat penglibatan Anwar di dalam politik negara," kata Azmin Ali sebelum itu.
Dingin angin April yang bertiup malam itu membungkus seribu kenangan ke atas Anwar sendiri ketika menyifatkan sebatang sungai berhampiran Yayasan Anda di Kg Baru sebagai Sungai Firdaus yang berada di syurga. Malah, banyak kisah sejarah di situ yang menyebabkan tempat tersebut telah dipilih sebagai tempat perhimpunan rakyat.
Selain itu, pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman dapat dilakukan tanpa halangan memandangkan MB Selangor adalah presiden kelab tersebut, sekali gus menyulitkan operasi polis menghalau rakyat...<more...>
Labels: Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Salam Reformasi
Siri 3-Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim, Black 14 2008
Siri 2-Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim, Black 14 2008
Terima kasih dan tahniah kepada yang hadir ke perhimpunan bersejarah dan keramat Black 14 di kpg Baru malam tadi. Mari kita saksikan ceramah Dato Seri Anwar pada malam tadi. Ceramah Black 14 2008.
Malam ini, bakal berlangsung suatu perhimpunan yang akan tercatat dalam sejarah seperti perarakan rakyat, BERSIH pada hujung tahun lepas. Kali ini, perhimpunan Black 14. Dijemput datang beramai2 untuk memberikan sokongan dan sila ajak rakan taulan dan sahabat handai bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam. Jemput datang.
Labels: Barisan Rakyat, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Pilihanraya Umum