PENTING: Sila Buat Confirmation Emel
Jom Tukar Link
Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Putrajaya Semakin Hampir...

Mp3 ucapan DSAI menjelaskan isu HINDRAF. Boleh dengar dan download di bawah.
Thanks for watching...
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Labels: Kempen PRU 12, Mp3 Reformasi, Perhimpunan, Salam Reformasi
Disebabkan ada permintaan daripada seorang pengunjung untuk diadakan ruangan download untuk mp3 ceramah reformasi, maka saya menerima baik cadangan ini. Terima kasih atas cadangan ini.
Saya mulakan dengan ceramah DSAI di kawasan parlimen Batu(Tian Chua) pada kempen pilihanraya lepas. Ceramah ini penuh dengan semangat daripada DS Anwar di hadapan puluhan ribu penyokong. Tak rugi download dan dengar.
Thanks for watching...
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Mereka semakin takut. Kini mereka semakin 'menyerang'. Raja blogger, Raja Petra Kamaruddin kini di dalam penjara Sg Buloh. Giliran siapa selepas ini??
Thanks for watching...
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Labels: Download Video, Malaysia-Today
Bukan mudah untuk mendapatkan pemimpin yang kepemimpinannya mendapat pengiktirafan daripada cendekiawan antarabangsa. Sementelahan, cendekiawan antarabangsa selalunya mudah memberikan warna yang muram kepada pemimpin Asia apatah lagi pemimpin Melayu. Justeru, bangsa Melayu sewajarnya berasa bangga dengan kepemimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendapat pengiktirafan daripada cendekiawan antarabangsa sebagai Tokoh Asia Baru, Lambang Kebangkitan Tamadun Timur dan Lambang Abad 21.
Tenaga asas yang menggerakkan keyakinan cendekiawan antarabangsa mengiktiraf kepemimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai antara negarawan terbilang dan terulung dunia tidak lain daripada dinamika Gagasan masyarakat Madani, ketinggian akal budi dan kecekalan diri yang terpancar dalam kehidupan dan idealisme perjuangan beliau.

Sesungguhnya kewibawaan kepemimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim benar-benar telah dapat meyakinkan cendekiawan antarabangsa bahawa beliau adalah tokoh pemimpin yang ditunggu-tunggu dan diharap-harapkan untuk mempelopori dan mengemudi kuasa pemodenan baru bukan setakat masyaraakat Malaysia, ASEAN dan Asia, hatta masyarakat antarabangsa agar lebih memahami convivencia sejagat dalam meniti masa alaf baru.
Malangnya, ramai penganalisis politik terkemuka diperingkat antarabangsa yang berpendapat bahawa Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya telah melancarkan 'konspirasi politik kotor' untuk mengenyahkan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik dan kerajaan kerana menanggapi buku Gelombang Kebangkitan Asia sebagai gagasan yang bukan sahaja telah mengusangkan (Standard Malaysia : Melangkah ke Hadapan) tetapi juga memungkinkan mahkota kekuasaan Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya umpama tergantung di hujung seutas benang.
Seseorang Islam yang tidak munafik akan percaya kepada kewujudan sahabat dan musuh yang kekal. Jalinan persahabatan Saidina Abu Bakar dengan Rasulullah dan begitu juga dengan sifat permusuhan Abu Lahab terhadap Rasulullah, kedua-duanya kekal hingga ke akhir hayat mereka. Seseorang Islam yang tidak munafik juga tidak mempersenda-sendakan hukum Islam yang jelas terkandung dalam al-Quran, tidak menghina Sunnah Rasulullah, tidak mencerca para ulama dan tidak menghasilkan fitnah sebagai senjata untuk menghancurkan pemimpin yang baik hanya kerana mempertahankan kepentingan nepotisme dan kronisme diri.
Justeru, Mahathir@Firaun yang tidak percaya kepada kewujudan sahabat dan musuh yang kekal, yang tergamak mempersenda-sendakan hukum Islam, menghina Sunnah Rasulullah, mencerca para ulama dan yang menghasilkan fitnah untuk menterbalikkan imej baik Dato Seri Anwar Ibrahim yang tersohor baik kepada imej buruk maka sudah tentu kearifan rakyat Malaysia yang setia kepada kebenaran dan keadilan mampu menilai taraf kemukminan Mahathir@Firaun dan para kroninya.
Malangnya, sejarah memberitahu kita bahawa ramai mukmin yang baik yang menjadi mangsa fitnah oleh orang-orang yang munafik dan terkutuk. Tun Mutahir, Hang Tuah, Hang Nadim dan Mahsuri (sekadar beberapa nama) adalah nama-nama besar dalam Sejarah Melayu yang menjadi mangsa fitnah oleh orang-orang yang munafik dan terkutuk tetapi tercicir daripada ingatan sebagai penyakit lama Melayu oleh sesetengah aktivitis politik seperti Anak Yatim.
Saat ini, Dato Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa fitnah busuk yang tidak berbangkai oleh Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya yang menggegarkan dunia. Tidak syak lagi bahawa Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya adalah orang yang sungguh-sungguh keparat dan munafik kerana telah memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dengan cara menterbalikkan 'imej takwa' beliau kepada 'imej durjana' bagi menghalalkan pemecatannya daripada semua jawatan yang dipegangnya dalam negara dan antarabangsa; kemudian memaksa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa agar mempercayai fitnah busuk tidak berbangkai' mereka dengan berkata : "Keseluruhan cerita mengenai tuduhan ke atas Anwar tidak difahami sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa".
Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya adalah binatang yang bertopengkan manusia yang amat menjijikkan umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Sebab itulah rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bukan sahaja tidak percaya, bahkan menentang fitnah busuk tidak berbangkai' Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunya yang mereka alamatkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim. Justeru, Mahathir@Firaun dan kuncu-kuncunyalah sekarang ini yang seperti 'anjing kepala busuk' kerana 'takut kepada bayang-bayangnya sendiri' lantaran diburu dosa.
Dalam membincangkan perjuangan pemimpin yang beriman seperti Dato Seri Anwar Ibrahim memang amat menarik, meskipun dengan wujudnya penggagalan terhadap perjuangan beliau namun tidak menjadikannya kurang menarik kerana cabaran yang merintangi perjuangannya laksana seni mukaddas agung sebagai khazanah pedoman generasi mendatang. Sejarah manusia memang tidak pernah sunyi daripada kehadiran pemimpin yang berani mempertahankan keadilan, kebaikan dan kebenaran, sekalipun hidup dalam penyeksaan yang amat menyedihkan.
Justeru itu hanya pemimpin yang sungguh-sungguh beriman, berjiwa besar dan berpandangan jauh sahaja yang bukan sahaja mampu menghadirkan kejayaan, tetapi juga bersedia menghadapi penyeksaan demi mempertahankan prinsip keadilan, kebaikan dan kebenaran sebagaimana yang telah dialami oleh para Rasul, Jose Rizal, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, Datuk Ahmad Boestamam, Dr. Syed Husin Ali dan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Generasi Melayu hari ini amat bertuah kerana sempat menyaksikan hadirnya Dato Seri Anwar Ibrahim yang kepemimpinannya mempesonakan dunia dan 'fitnah busuk tidak berbangkai' yang ditimpakan ke atasnya menggegarkan dunia, dan pasti generasi mendatang akan menoleh ke zaman ini sebagai 'kemuncak pengamalan prinsip kebangsatan' oleh suatu parti politik dan kerajaan yang dipimpin oleh seorang Malbari Laknat dan terkutuk di negara ini.
Lidah memang tidak bertulang tetapi lidah Mahathir@Firaun dan talibarutnya bercabang. Sebab itu, walaupun, maruah dan martabat ''Mahathit@Firaun dan talibarutnya sudah berkecai ekoran 'kepecahan tempayan budunya' namun lidahnya masih memujuk gundah-gulana dirinya sendiri dengan berkata : "Rakyat tidak lagi menyayangi Dato Seri Anwar Ibrahim - dan ia akan dilupakan dalam masa yang singkat". Ungkapan tersebut seolah-olah ada muslihat untuk mengajak rakyat 'menghilangkan ikan dalam kerabu'. Namun, belum tentu 'siapa terbilang dan siapa terbuang' di hati rakyat dan generasi mendatang. Bahkan sekiranya pilihanraya adil dan telus di negara ini, nescaya gelombang keberangan dan taufan kemarahan rakyat terhadap Mahathir @Firaun dan juak-juaknya akan dapat membuktikan bahawa 'siapa yang menyemai angin akan menuai badai'. "Aku berfikir, maka aku ada." Kata Descartes.
Sekian.
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Labels: Artikel, Salam Reformasi
DSAI berucap di sabah. Kuala Lumpur dan Putrajaya mengintai dari tirai kamar....Apakah di sebalik ucapan?
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..