PENTING: Sila Buat Confirmation Emel
Untuk subscribe, masukkan emel kat bawah ni. Tapi lepas tu jangan lupa buat confirmation emel tu dgn cara klik link confirmation kt emel yg dihantar dari sini. Baru boleh terima update. Bagi yang belum, hope confirmkan ok. Thanks. P/S: Masih Ramai Lagi yg belum klik emel pengesahan yang dihantarkan ke emel. Mohon segera berbuat demikian. Salam Reformasi!
Jom Tukar Link
Videoreformasi.blogspot.com sekarang membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertukar link. Emelkan alamat blog anda ke VideoReformasi{at} yahoo.com. Sbg sokongan kepada blog ni, mohon ditambahkan link ke blog ini dari blog anda. Terima kasih banyak dan salam reformasi!
Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Putrajaya Semakin Hampir...

Custom Search

Sesungguhnya saya mengenali tokoh ini dari sejak umur 12 tahun lagi. Mula kenalnya saya pada tokoh ini bukanlah pada jasanya pada rakyat. Bukan juga kerana jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Kenalnya saya akan tokoh ini adalah pada perkataan yang diungkapkannya - anjakan paradigma. Kebetulan saya ketika itu terlibat dalam kumpulan debat di sekolah rendah, maka frasa ini telah diperkenalkan kepada saya oleh guru debat dan yang saya ingat perkataan ini diungkapkan oleh tokoh ini ketika membentangkan belanjawan pada tahun 1997. Anjakan paradigma secara kasarnya bermaksud berubah ke arah satu tahap yang baru dan lebih baik. Disitulah saya mula mengenali tokoh ini.
Setahun selepas itu, tika tahun Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998, sekali lagi saya mengenali tokoh ini. Semuanya berlaku sejurus selepas beliau dipecat dan diaibkan oleh Tun Dr Mahathir. Saya yang dikenalkan dengan beliau melalui frasa anjakan paradigma, kali ini ditemukan sekali lagi dengan tokoh ini melalui perkataan - Reformasi.
Dalam kekalutan rakyat ketika itu dengan isu pemecatan beliau, tanpa saya sedari naluri saya dengan sendiri mengatakan beliau tidak mungkin bersalah atas semua tuduhan yang dilemparkan. Di saat umur saya yang sibuk bertarung dengan banyak lagi isu remaja lain, saya terus mengikuti perkembangan politik negara ketika itu dengan rapat. Semua demonstrasi dan tangkapan ISA yang dilakukan saya rekodkan dalam jurnal dan risalah-risalah reformasi saya kumpul (yang entah kemana menghilang). Perbicaraan beliau saya ikuti dan disaat saya yang masih mentah itu pun saya sudah dapat membezakan antara yang benar dan konspirasi jahat.
Apabila tokoh ini dipenjarakan, semangat saya juga ibarat 'terpenjara'. Walaupun masih mengikuti perkembangan beliau, namun di saat saya bersekolah di luar Kuala Lumpur - semangat itu terkubur. Tika saat beliau dibebaskan dari penjara pada 2 September 2004, saya sudah memulakan pengajian tahun pertama saya di universiti. Melihat beliau diusung keluar dari kamar mahkamah dengan kerusi roda ketika itu, ibarat melihat satu susuk tubuh yang tidak mampu berbuat apa-apa lagi, namun hati saya ibarat disuntik satu sinar semangat yang baru. Masih ada harapan.
2008 menjadi detik sejarah buat saya. Buat pertama kali bertentang mata dengan beliau. Saat itu adalah ketika beliau mengadakan rapat umum untuk Pilihan Raya ke 12 di ibu negara. 11 tahun masa yang saya ambil untuk bertemu muka dengan tokoh yang saya kagumi ini. Hari ini beliau kembali ke Parlimen setelah 10 tahun disingkirkan. Harapan yang saya lihat pada 2004, semakin terang bersinar dan dengan doa dan tawakkal, harapan ini akan membawa satu Reformasi buat negara Malaysia yang teramatlah saya cintai ini.
Sumber: http://qanunfiatdunia.blogspot.com/2008/04/anwar-kembali-ke-parlimen.html
Thanks for watching...
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..
Related Posts by Categories
Dari Blog Lain
- Anwar Ibrahim returns to parliament after 10 years
- Harap-haraplah Tak hilang Duit Pertaruhan aku..// Malaysiakini
- Kisahnya dah Lama Tapi Nilainya Kekal
- 10 Persoalan Kenapa Tuduhan Liwat Saiful Bukari Adalah Suatu Penipuan
- Transkrip Perbualan Siapakah ini?
- PTG PAUH : IMAM PIRDAUS MAHU MASUK KUBUR KALI KETIGA - Ref Malaysiakini
- Jadilah Isteri Semulia Azizah...
Salam Reformasi
- Harap-haraplah Tak hilang Duit Pertaruhan aku..// Malaysiakini
- Suasana di Luar Pusat Penamaan Calon Permatang Pauh// Malaysiakini
- Permatang Pauh 2008- Hari Penamaan Calon
- Puteri UMNO Lucah di Permatang Pauh
- Ada pemimpin UMNO yang tak tahu malu
- Peluru Hidup jatuh berhampiran kaki Nurul Izzah dan DSWA
- Video Suara Reformasi 1998 dan Dokumentari Konspirasi Terbongkar
- Mp3 Debat Minyak Shabery-Anwar
- Aku dah kata dah..Anwar akan ke Permatang Pauh
- Najib TerKantoi?
- 16 September Masih di Atas Landasan - Anwar
- Dato Shabery Tak Faham Soalan dan jawab Merapu2
- Download Debat Anwar-Shabery dalam format sound WMA
- NC UUM plg Naib Canselor 'bijak' di M'sia
- Keputusan Akhir Debat Minyak DSAI - Shabery
- Dato Shabery, bila nak bersara?
- Download Ucapan DSAI di N9 10/07/08 Part IV
- Download Ucapan DSAI di N9 10/07/08 Part III
- Debat Harga Minyak Live!
- Download Ucapan DSAI di N9 10/07/08 Part II
- Download Ucapan DSAI di N9 10/07/08 Part I
- Anwar di Negeri Sembilan Bhg II
- Anwar Ibrahim di Negeri Sembilan
- Bersumpah...saya akan lakukan - Anwar Ibrahim
- Mp3 Penjelasan Isu HINDRAF oleh DSAI
Widget diubahsuai oleh taiko
Labels: Dari Blog Lain, Salam Reformasi
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terima Kasih kerana sudi mempamerkan catatan saya di blog anda.. teruskan perjuangan moga selepas ini lebih banyak maklumat dapat dikongsi bersama demi melahirkan Malaysia yang lebih gemilang untuk bangsa kita...
terima kasih juga sebab sudi bersama di blog ni...sama2 kita kongsikan maklumat dan menyebarkan aura2 perjuangan ini...salam reformasi!
wassalam