Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

Buat Duit Main Myspace

PENTING: Sila Buat Confirmation Emel

Untuk subscribe, masukkan emel kat bawah ni. Tapi lepas tu jangan lupa buat confirmation emel tu dgn cara klik link confirmation kt emel yg dihantar dari sini. Baru boleh terima update. Bagi yang belum, hope confirmkan ok. Thanks. P/S: Masih Ramai Lagi yg belum klik emel pengesahan yang dihantarkan ke emel. Mohon segera berbuat demikian. Salam Reformasi!

Jom Tukar Link

Videoreformasi.blogspot.com sekarang membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertukar link. Emelkan alamat blog anda ke VideoReformasi{at} yahoo.com. Sbg sokongan kepada blog ni, mohon ditambahkan link ke blog ini dari blog anda. Terima kasih banyak dan salam reformasi!

Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Putrajaya Semakin Hampir...
Custom Search

Kurang 12 jam daripada perhimpunan rakyat sempena berakhirnya hukuman dan sekatan politik kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, pihak polis mula mengambil tindakan.

Awal-awal pagi lagi mereka sudah datang mengantar surat saman ke rumah pemimpin2 PKR. Tindakan pantas dalam menyelesaikan aduan dan kes adalah dipuji, tapi persoalannya kenapakah apabila sesuatu aduan itu bersangkut paut dengan parti pembangkang sahaja baru mereka kelihatan tegas dan pantas? Bagaimana pula dengan kes di terengganu yang mana institusi beraja dihina dgn panggilan 'Natang'? Mereka diam membisu dan terdiam malu-malu. Inilah antara sikap profesional dan takut dan kecut kepada pemerintah yang nampak terang dan nyata.

Apabila rakyat bersama-sama pakatan rakyat berkumpul ramai-ramai untuk mendengar amanat pemimpin-pemimpin mereka, perhimpunan ini akan dipanggil dan digelar perhimpunan haram. Kenapa haram? Sebab perhimpunan itu tidak mendapat permit. Persoalannya, sejak bila perhimpunan seperti itu yang dilakukan oleh parti pembangkang pernah mendapat permit polis? Tak payah minta pun dah tau jawapan.

Ironinya, apabila melayu-melayu BN membuat demonstrasi yang boleh menimbulkan kekacauan dan isu perkauman, polis bertindak terlalu lembut dan 'berhemah'. Tidak pernah mereka membazirkan gas pemedih mata dan air kimia untuk ditembak dan disembur kepada mamak2 perusuh ni tadi. Media pembodek pulak seperti TV3, RTM dan utusan malaysia akan memberikan gelaran yang amat lembut kepada perhimpunan golongan perusuh ni dengan panggilan 'Perhimpunan Aman'. Haha rasa nak termuntah mendengarnya. Apabila mereka yang buat, mereka dipuji. Apabila orang lain buat, bukan main lagi mengeji.

Terbaru dalam kes perhimpunan rakyat sempena Black 14. Kita setuju bahawa pada malam tu pihak polis kelihatan begitu 'sporting'. Mereka pada awalnya tidak mengganggu majlis langsung malahan hanya tolong mengawal lalu lintas. Bahkan ada abang polis yang sempat mengambil sticker AIC dan tersenyum malu-malu sebelum menyimpannya ke dalam poket. Ternyata mereka amat sporting malam tu.

Tapi entah apa yang sebenarnya berlaku, tiba-tiba sahaja keadaan ni berubah selepas mereka mendapat arahan untuk meminta majlis ditamatkan awal. Esok paginya pula, sebelum ayam bangun sarapan pagi lagi ada sudah polis yang dihantar ke rumah para pemimpin PKR untuk menghantar saman. Fuhh...cekap dan cergas sungguh mereka dalam menjalankan tugas. Kan bagus kalau begini cekap juga mereka ketika menyiasat kes Altantuya. Sebenarnya rakyat bukan bodoh, rakyat tahu bahawa ada pihak yang sengaja nak menyibukkan PR dengan perkara-perkara seperti ini. Kononnya nak mengugut dan menakutkan Dato Seri Anwar. Tidak lama lagi, mungkin Dato Seri Anwar Ibrahim pula akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kononnya majlis black 14 boleh menimbulkan kekacauan. Lawak jenaka sungguh. Mari kita sama-sama saksikan adakah akan berlaku seperti kes BPR dalam kes VK Lingam dulu. Mahu mengugut tetapi akhirnya leher sendiri yang terjerut.

Hakikatnya mereka salah orang. Makin tekan, makin lawannn!!!


Related Posts by Categories



Widget diubahsuai oleh taiko

0 Comments:

Post a Comment



Update Video Baru Akan dihantarkan terus ke Emel anda. Masukkan Emel di bawah.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


 

Blogger Template | Created by Adam Every | Modified by Blogger-Whore