Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

Buat Duit Main Myspace

PENTING: Sila Buat Confirmation Emel

Untuk subscribe, masukkan emel kat bawah ni. Tapi lepas tu jangan lupa buat confirmation emel tu dgn cara klik link confirmation kt emel yg dihantar dari sini. Baru boleh terima update. Bagi yang belum, hope confirmkan ok. Thanks. P/S: Masih Ramai Lagi yg belum klik emel pengesahan yang dihantarkan ke emel. Mohon segera berbuat demikian. Salam Reformasi!

Jom Tukar Link

Videoreformasi.blogspot.com sekarang membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertukar link. Emelkan alamat blog anda ke VideoReformasi{at} yahoo.com. Sbg sokongan kepada blog ni, mohon ditambahkan link ke blog ini dari blog anda. Terima kasih banyak dan salam reformasi!

Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Putrajaya Semakin Hampir...
Custom Search

Saya tak tahu apa respon nak diberi saat terbaca tajuk artikel di malaysiakini yang berbunyi "Khairy: Keris antara punca BN kalah". Khairy nampaknya menyalahkan keris sebagai salah satu punca kekalahan BN.

Saya tertunggu-tunggu bila lagi khairy nak mengaku bahawa dia merupakan punca terbesar kekalahan BN. Tu memang tak boleh nak dinafikan lagi. Dan hakikat ini tidak akan dinafikan langsung kecuali mungkin oleh mulut khairy dan bapa mertua sayang. Mungkin di mulut, tapi di hati sama dengan kita.

Kenapa khairy menjadi punca utama kekalahan BN? Jawapannya mudah. Sebab semua orang dah naik menyampah tengok muka dia. Tak payah nak ceritalah pasal penyokong pembangkang, hatta dari kelompok orang kuat UMNO sendiri amat muak dengan khairy. Dah lah dapat jawatan bukan melalui proses biasa tapi berlagak macam orang hebat dan banyak sokongan. Mendengar tutur bicaranya sahaja dah tahu tentang keangkuhannya. Saya ingat lagi bagai mana dia menjawab tatkala seorang wartawan bertanyakan tentang keris ketika kempen di ijok dahulu. Dia dengan gaya dan lagak angkuhnya mempersoalkan soalan tersebut dan enggan menjawab.

Kemudian siapa yang tidak tahu bahawa media lebih banyak memaparkan tentang khairy berbanding ketuanya, Hishammuddin. Ketika musim pilihanray dulu, hampir setiap hari kita melihat mukanya di kaca tv ataupun di akhbar. Dan bukan menjadi perkara asing lagi untuk kita mendengar dia mencemuh pemimpin-pemimpin pembangkang. Dia mencemuh TG Nik Aziz sebagai rasuah. Kononnya kerajaan kelantan selama memerintah mengamalkan curi balak dan pelbagai lagi. Dia memperkecil-kecilkan dan memperlekehkan koridor Depu yang dilancarkan PAS.

Tidak cukup dengan itu, dia bukan main lagi menyerang DS Anwar Ibrahim. Ada dalam satu ucapannya, dia bergurau dan menyelitkan yang kira2nya berbunyi "PAS main DAP ikut kanan, DAP main PAS ikut kiri, Anwar main dua2 ikut belakang..". Begitulah celuparnya mulut menantu PM ni. Dapat jawatan pun 'menang tanpa bertanding' tapi berlagak nak mampus. Terbaru dia mengulangi lagi fitnah terhadap DSAI ketika kempen di Lembah Pantai. Apa hasilnya? Hasilnya dia disaman RM100 juta oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Baru padan muka. Sekarang kita tengok adakah masih ada lagi 'hakim krg relevan' atau 'peguam correct3x' yang akan membantu. Kalau tiada, terpaksalah bayar. Dan kalau dia mampu bayar, dari mana dia korek duit tu??

Bukan setakat pemimpin pembangkang, pemimpin veteran UMNO pun dia hentam juga. Siapa lagi kalau bukan Tun Mahathir. Kalau pembangkang yang hentam, tu memang tak hairanlah. Tapi lucu juga, dia tiba-tiba hilang dan senyap selepas keputusan pilihanraya lepas.

Sehinggakan ada orang yang mengubah kempen mencari adik Sharlinie~"Di mana Sharlinie?" menjadi..."Di mana Khairy..."
Salah satu video khairy di Youtube

Averagely, I make $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

Related Posts by Categories



Widget diubahsuai oleh taiko

0 Comments:

Post a Comment



Update Video Baru Akan dihantarkan terus ke Emel anda. Masukkan Emel di bawah.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


 

Blogger Template | Created by Adam Every | Modified by Blogger-Whore