Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

Buat Duit Main Myspace

PENTING: Sila Buat Confirmation Emel

Untuk subscribe, masukkan emel kat bawah ni. Tapi lepas tu jangan lupa buat confirmation emel tu dgn cara klik link confirmation kt emel yg dihantar dari sini. Baru boleh terima update. Bagi yang belum, hope confirmkan ok. Thanks. P/S: Masih Ramai Lagi yg belum klik emel pengesahan yang dihantarkan ke emel. Mohon segera berbuat demikian. Salam Reformasi!

Jom Tukar Link

Videoreformasi.blogspot.com sekarang membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertukar link. Emelkan alamat blog anda ke VideoReformasi{at} yahoo.com. Sbg sokongan kepada blog ni, mohon ditambahkan link ke blog ini dari blog anda. Terima kasih banyak dan salam reformasi!

Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Putrajaya Semakin Hampir...
Custom Search

Saya pasti ramai yang perasan dan sedar perkara ini sekarang. Ramai yang terkejut bagaimana Samy Vellu akhir-akhir ini sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang agak 'keras' yang sebelum ini tidak mungkin kita akan dapat dengar.

Yang paling baru dia mengeluarkan kenyataan bahawa MIC akan membawa orang luar untuk membantu kaum India di negara ini sekiranya kerajaan tidak membela nasib penduduk india di sini. Kenyataan samy ni mengundang respon TPM Malaysia, Dato Seri Najib. Dato seri Najib kata dia akan tanya apa maksud kenyataan Samy vellu tu. Sebab sekali kita dengar pun kita dah boleh agak yang kenyataan tu seolah-olah memberi gambaran bahawa kaum india di Malaysia selama ini sebenarnya terpinggir. Samy Vellu telah memberikan gambaran itu secara tidak langsung. Tapi tak tahu la apa yang dia sebenarnya fikirkan. Apa yang pasti, itulah gambaran yang saya dapat.

Sekali dengar kenyataan itu, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kenyataan itu adalah kenyataan untuk mengangkat diri sebagai hero. Hero kepada siapa? Hero kepada kaum india di negara ini. Kenapa begitu? Mudah sahaja. Selama ini dia sudah senang-senang sendiri dan tidak berani mengeluarkan kenyataan yang agak keras seperti ini untuk membela kaum india. Orang india yang pada waktu itu seolah-olah tidak ada pilihan lain terus juga menyokong MIC. Tapi keadaan terus berubah bilamana berlakunya peristiwa perarakan HINDRAF pada penghujung tahun lepas.

Laungan 'Makhal Sakhti' berkumandang. Orang-orang india telah tersentak dan tersedar. Baru mereka tahu bahawa mereka perlu bangkit dan mencari pemimpin yang betul-betul berani berjuang untuk nasib mereka. Akhirnya mereka menolak langsung kepimpinan Samy Vellu dan MIC. Sokongan mereka kepada HINDRAF semakin kuat apabila pemimpin2 HINDRAF ditahan di bawah akta kejam ISA. Akhirnya kebencian makin meluap kepada MIC. Ini dapat dilihat pada pilihanraya yang lepas bilamana pemimpin MIC itu sendiri tumbang dan dikalahkan di tempat beliau.

Berlainan pula kisahnya dengan seorang calon India yang sedang meringkuk di dalam penjara yang walaupun tanpa dapat keluar berjumpa rakyat dan berkempen telah menang besar. Inilah yang dinamakan Makhal Sakhti. Kuasa Rakyat. Suara rakyat suara keramat.

Rakyat mahukan pemimpin yang sanggup bersusah dan sakit demi membela nasib mereka. Samy Vellu nampaknya sudah sedar hakikat ini dan sebab itulah ada sudah kedengaran suara daripada beliau tentang nasib kaum india. Mari kita saksikan bersama sejauh mana keberaniannya untuk berdepan dengan ugutan dari pemimpin UMNO. Dan kita tunggu apakah lagi kenyataan-kenyataan beliau yang bakal menyusul.



Averagely, I make $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

Related Posts by Categories



Widget diubahsuai oleh taiko

0 Comments:

Post a Comment



Update Video Baru Akan dihantarkan terus ke Emel anda. Masukkan Emel di bawah.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


 

Blogger Template | Created by Adam Every | Modified by Blogger-Whore