Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

PENTING: Sila Buat Confirmation Emel

Untuk subscribe, masukkan emel kat bawah ni. Tapi lepas tu jangan lupa buat confirmation emel tu dgn cara klik link confirmation kt emel yg dihantar dari sini. Baru boleh terima update. Bagi yang belum, hope confirmkan ok. Thanks. P/S: Masih Ramai Lagi yg belum klik emel pengesahan yang dihantarkan ke emel. Mohon segera berbuat demikian. Salam Reformasi!

Jom Tukar Link

Videoreformasi.blogspot.com sekarang membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertukar link. Emelkan alamat blog anda ke VideoReformasi{at} yahoo.com. Sbg sokongan kepada blog ni, mohon ditambahkan link ke blog ini dari blog anda. Terima kasih banyak dan salam reformasi!

Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Putrajaya Semakin Hampir...
Custom Search

Siapa yg ada baca Malaysiakini 21 April 2008, mungkin ada terbaca tajuk artikel ni, "Bukan pengecut, Najib jawab Dr M". Artikel tu terbit berdasarkan jawapan Najib kat wartawan yang tanya dia pasal komen Tun Mahathir kata dia penakut tu. Sebelum pergi depan lagi, kita quote sikit dari Malaysiakini....

"Timbalan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau lemah, pengecut dan tidak layak menjadi perdana menteri.

"Ia bukan masalah 'Mr Yes Man' atau tak berani atau takut sebab saya berpegang kepada prinsip bahawa cara yang terbaik ialah penyerahan kuasa secara tersusun, cara yang terhormat.

najib abdullah 100408"Itu yang akan memberi makna dan menentukan kepentingan parti tidak terjejas," katanya kepada pemberita hari ini.

Najib mengulas kenyataan mantan perdana menteri itu bahawa beliau tidak seharusnya menjadi perdana menteri kerana tidak berani mendedahkan sebab sebenar kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya lepas.

Dr Mahathir, yang sering menyalahkan perdana menteri, menganggap Najib "lemah dan pengecut" kerana enggan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tanggungjawab susulan kemerosotan BN baru-baru ini."

Untuk pengetahuan, sebelum ni dah beberapa kali dah kita dengar Dr Mahathir nyatakan sokongan terbuka kat najib ni. Sebelum dan selepas pilihanraya ni. Apatah lagi lepas BN kalah tu. Ramai oang tahu yang tujuan Dr Mahathir tu sebenarnya nak melaga-lagakan ataupun paling kurang menimbulkan rasa syak antara Paklah dan Najib.

Tun nak Paklah rasa tercabar dan dia juga nak Najib rasa yakin dan minta Paklah turun cepat-cepat. Tu lah tujuan Tun. Tapi Najib yang faham tu masih buat-buat tak faham. Bukan sekadar dia tak desak Paklah turun atau letak jawatan, tapi dia isytihar taat setia lagi. Ada sesiapa yang dengar kenyataan Tun yang dia dah ubah fikiran dan tak jadi nak sokong Najib lagi tu? Haa tu sebab dia dah kecewa dan naik geram dengan Najib. Dia anggap Najib ni penakut sebab dia dah sokong depan-depan pun Najib masih lagi tak berani nak gerak. Dia salah, dia ingat semua orang berani macam dia kot. Dia memang berani, timbalan dia pun dia berani buang. Sedangkan timbalan dia tu dapat support besar dari rakyat.

Sekarang sebab Najib terus jadi pak sokong paklah, Tun nampaknya hentam dia sekali. Kalau benda ni berterusan, nampaknya drama ni akan jadi makin menarik. Sebab sebelum ni seorang pelakon yang kurang aktif dah terpaksa mengaktifkan diri apatah lagi sekarang ni dia pula dah kena serang. Sebenarnya bukan 'serang', tapi lebih kepada cabar. Memang Tun ni hebat betul dalam berpolitik walaupun kejam.

Persoalannya lagi, kenapa Najib takut? Apa yang dia nak takut dan perlukah dia takut? Kan Sanusi Junid ada cakap, pokok dah nak tumbang dan kura-kura pun nak cuba panjat pokok sekarang ni.

Sebenarnya Najib pun bijak juga. Takut bukan sebarang takut. Tapi takut ni takut bijak. Sebab di sebalik 'takut' tu ada benda besar yang mungkin terpaksa ditutup. Ni yang saya rasa je la. Dan ramai lagi yang berpandangan begini. Kang dia 'berani' sangat kang, bergoyang pula satu Malaysia sampai ke Mongolia.

Kesimpulannya, Najib sebenarnya memang setia ke, bijak ataupun seperti kata Tun, penakut?

http://videoreformasi.blogspot.com/

Video Najib jawab wartawan yang disiarkan di tv3 boleh ditonton di bawah:



Averagely, I make $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..

Related Posts by Categories



Widget diubahsuai oleh taiko

0 Comments:

Post a Comment



Update Video Baru Akan dihantarkan terus ke Emel anda. Masukkan Emel di bawah.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


 

Blogger Template | Created by Adam Every | Modified by Blogger-Whore