PENTING: Sila Buat Confirmation Emel
Jom Tukar Link
Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Putrajaya Semakin Hampir...

Burung Rajawali itu semakin yakin menantikan hari kemenangannya. Lontaran kiasan itu dipunggah melalui sajak W. S Rendra, seorang penyair terkenal Indonesia. Sebenarnya, MB Selangor Tan Sri Khaled Ibrahim menisbahkan rajawali kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 14 April lalu ketika membacakan puisi itu sebelum Anwar memulakan ucapannya.
"Bermula malam ini, tamatlah perundangan zalim yang menyekat penglibatan Anwar di dalam politik negara," kata Azmin Ali sebelum itu.
Dingin angin April yang bertiup malam itu membungkus seribu kenangan ke atas Anwar sendiri ketika menyifatkan sebatang sungai berhampiran Yayasan Anda di Kg Baru sebagai Sungai Firdaus yang berada di syurga. Malah, banyak kisah sejarah di situ yang menyebabkan tempat tersebut telah dipilih sebagai tempat perhimpunan rakyat.
Selain itu, pertemuan di Kelab Sultan Sulaiman dapat dilakukan tanpa halangan memandangkan MB Selangor adalah presiden kelab tersebut, sekali gus menyulitkan operasi polis menghalau rakyat...<more...>
Labels: Barisan Rakyat, Black 14, Pakatan Rakyat, Perhimpunan, Salam Reformasi