Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

Buat Duit Main Myspace

PENTING: Sila Buat Confirmation Emel

Untuk subscribe, masukkan emel kat bawah ni. Tapi lepas tu jangan lupa buat confirmation emel tu dgn cara klik link confirmation kt emel yg dihantar dari sini. Baru boleh terima update. Bagi yang belum, hope confirmkan ok. Thanks. P/S: Masih Ramai Lagi yg belum klik emel pengesahan yang dihantarkan ke emel. Mohon segera berbuat demikian. Salam Reformasi!

Jom Tukar Link

Videoreformasi.blogspot.com sekarang membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertukar link. Emelkan alamat blog anda ke VideoReformasi{at} yahoo.com. Sbg sokongan kepada blog ni, mohon ditambahkan link ke blog ini dari blog anda. Terima kasih banyak dan salam reformasi!

Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Putrajaya Semakin Hampir...
Custom Search

Amboi, kecohnya tv3 sekarang ni. Semangat nampaknya ada assignment baru ye. Assignment nak hancurkan Pakatan Rakyat dah habis ke? Assignment nak taburkan kekeliruan kat rakyat dah selesai ke? Tugasan nak melaga-lagakan pemimpin PR dah berjaya ke?

Belum pun habis assignment lama, kini tv3 dapat pula assignment baru. Tak letih ke? Owh lupa pulak. Dah memang tugas mereka. Dah memang tugas mereka untuk menjadi jurasampai kepada UMNO. Tu memang kerja mereka. Samada sebelum kempen ataupun selepas kempen pilihanraya, mereka memang berkhidmat untuk jadi jurucakap BN.

Apa assignment terbaru? Yg terbaru ialah mereka menjadi pihak tengah untuk menghubungkan antara pemimpin melayu UMNO, PAS dan PKR. Mereka mempunyai misi yang besar. Amat besar. Mereka mahu supaya pemimpin melayu ketiga-tiga parti ini duduk semeja dan berbincang tentang nasib orang melayu. Ya, sebenarnya bukan mereka yang mahu. Mereka hanya menyampaikan berita sahaja. Mungkin kata mereka.

Tapi kita tahu, sekiranya berita itu datang dari pihak pembangkang, selagi tidak ada 'point' untuk mengutuk mereka tidak akan siarkan. Sekiranya bukan gambar Dato Seri Anwar Ibrahim menari di Ijok tempoh hari, jangan harap majlis kempen PKR akan masuk tv3. Sekiranya bukan sebab DSAI pergi ke mahkamah tempat perbicaraan HINDRAF, jangan harap nak masuk tv. Tu semua digunakan untuk kepentingan pihak BN sahaja. Semua rakyat tahu.

Melihat kepada usaha bersungguh-sungguh mereka melaporkan bahawa UMNO, PAS dan PKR harus berbincang dan orang melayu harus bersatu membincangkan hala tuju nasib orang melayu tu, kita nak tanya. Kenapa, orang melayu dah nak hancurkah sekarang? Nasib orang melayu dah nak punahkah sekarang? Orang-orang melayu saling berpecahkah sekarang? Sebenarnya, yang nak hancur dan punah adalah parti UMNO. Yang saling berpecah adalah para pemimpin UMNO. Bukannya orang melayu.

Kenapa dulu apabila BN menang besar, tak sebut pun pasal nasib orang melayu? Adakah bermakna isu ketuanan melayu tidak perlu disentuh apabila kamu menang. Apakah apabila PR menang, nasib orang melayu sudah hampir pasti melayang? Sebenarnya, umno yang takut dan terperasan bahawa mereka membela nasib melayu. Selama ini mereka terlupa bahawa mereka telah banyak mengabaikan nasib orang melayu dan bumiputera. Mereka tidak dapat mengangkat atau tidak mahu pun mengangkat nasib para penduduk bumiputra sabah. Kalau tidak, masakan penduduk di sana jauh lebih miskin berbanding negeri-negeri lain?

Adakah sebab nak 'membela' sangat nasib org melayu sehingga nasib bumiputra sabah boleh diabaikan. Sekadar mengingat kembali apa yang disebut oleh seorang pakcik dari pedalaman sabah yang pernah keluar di TV suatu ketika dulu. "Pakcik nak bagitau, bagus lagi ayam-ayam yang di bandar daripada kami di kampung ni. Diorang dapat lagi lampu letrik kerajaan. kami sini tidak pernah dapat". Bayangkan, 20 tahun lori balak keluar masuk mengangkut hasil bumi di hutan kampung mereka tapi jalannya dibiarkan jalan tanah merah. Air paip tak ada, elektrik jauh sekali. Inikah yang dikatakan membela? Sekarang nak kami bersatu dengan UMNO?

Tidak, tak payah risau. Sebab sekarang, orang Melayu, Cina, India Iban, Kadazan dan bumiputra lainnya mahu bersama-sama bersatu di bawah naungan Pakatan Rakyat. Mari cuba kereta baru. Salam Reformasi!!

Averagely, I make $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..

Related Posts by Categories



Widget diubahsuai oleh taiko

0 Comments:

Post a Comment



Update Video Baru Akan dihantarkan terus ke Emel anda. Masukkan Emel di bawah.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


 

Blogger Template | Created by Adam Every | Modified by Blogger-Whore