Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page. Interested to Know how I did it? Here..

Buat Duit Main Myspace

PENTING: Sila Buat Confirmation Emel

Untuk subscribe, masukkan emel kat bawah ni. Tapi lepas tu jangan lupa buat confirmation emel tu dgn cara klik link confirmation kt emel yg dihantar dari sini. Baru boleh terima update. Bagi yang belum, hope confirmkan ok. Thanks. P/S: Masih Ramai Lagi yg belum klik emel pengesahan yang dihantarkan ke emel. Mohon segera berbuat demikian. Salam Reformasi!

Jom Tukar Link

Videoreformasi.blogspot.com sekarang membuka kepada sesiapa sahaja untuk bertukar link. Emelkan alamat blog anda ke VideoReformasi{at} yahoo.com. Sbg sokongan kepada blog ni, mohon ditambahkan link ke blog ini dari blog anda. Terima kasih banyak dan salam reformasi!

Jangan Tertinggal Walau 1 Video. Masukkan Emel anda di Bawah untuk Update Video Baru

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


Putrajaya Semakin Hampir...
Custom Search

Mungkin soalan yang lebih tepat ialah, "Apakah benar isi kandungan perbualan ini?"


Kali ini Raja Petra benar-banar telah bersedia untuk di penjarakan walaupun beliau tahu mungkin untuk tempoh yang lama namun beliau menegaskan bahawa beliau akan pastikan Najib Tun Razak tidak akan menjadi PM. Beliau juga tahu yang pendedahan ini akan menjatuhkan serta menghancurkan hidup beliau namun Raja Petra menegaskan bahawa beliau akan turut sama mengherat Najib sama jika beliau di masukkan dalam penjara.

.Zuraida Kamaruddin

Kali ini Raja Petra tegas dengan pendirian beliau untuk membongkar penipuan serta tembelang yang selama ini di sorokkan Najib Tun Razak. Raja Petra memberi pendedahan bahawa akuan bersumpah beliau adalah benar ! Beliau juga ada rakaman perbualan perbincangan dan rakaman tersebut berada di tempat yang selamat serta akan di dedahkan pada bila-bila masa sahaja. Beliau tahu pembongkaran ini menyebabkan nyawa beliau serta keluarga beliau terancam dan bila-bila masa sahaja akan di bunuh.

.zuraida kamaruddin

“ Jika Najib berani menuduh saya maka kita lihat siapa penjenayah sebenar
Menurutnya lagi pertemuan saiful dengan Najib juga ada melibatkan orang ke tiga iaitu rakan saiful yang juga orang yang di temu bual dalam rakaman tersebut.

Antara isi kandung perbualan tersebut adalah
………………………………………………………………………………………………………………………………………..

“ Soalan apa yang awak cuba untuk tanya pada saya ?”

“ Tiada apa-apa. Kita jangan anggap perbualan ini sebagai temu ramah. Awak Cuma bertenang dan cuba ceritakan apa yang berlaku. Saya akan merakamkan perbualan ini untuk di jadikan bukti untuk membawa pihak yang bersalah ke muka keadilan.
“ Apa yang kamu nak saya ceritakan sebenarnya ?”

“ Awak cuba ceritakan bagaimana awak boleh mengenali saiful, macam mana saiful boleh bekerja dengan Parti Keadilan Rakyat, apa kebiasaan yang di lakukan saiful semasa di pejabat, dan apa sebenarnya yang terjadi antara Anwar dan saiful ? Adakah kes liwat ini benar-benar berlaku atau saja di ada-adakan cerita ? Tetapi jika boleh awak cuba jawab dengan tenang dan cakap macam biasa seolah-olah awak tengah menceritakan sesuatu semasa berada di tempat kejadian “

“ Baik, Tapi jika pebualan saya ada kesilapan adakah awak akan megedit video ini ?“

“ Tidak, Saya tidak akan mengedit apa-apa sekalipun. Saya mahu perbualan ini di jadikan bukti kukuh. Jika ada kesilapan semasa percakapan awak Cuma perlu memperbetulkan semula atau mengulangi semula perbualan tersebut. Video ini bukan untuk di siarkan kepada orang ramai, awak tak perlu risau. Rakaman ini hanya untuk kegunaan dalaman sahaja dan saya akan tempatkan ia di tempat yang selamat ! Namun jika polis menahan kamu atau menuduh kamu, kita akan menggunakannya untuk membuktikan awak tidak bersalah seperti mana perbualan yang dilakukan malam ini. Sebab itulah saya menyuruh kamu agar bertenang dan dalam keadaan tenang supaya tidak Nampak seperti ada unsur mengugut. Rakaman ini akan melindungi awak dari di tuduh atau pihak polis memaksa awak membuat pengakuan palsu. “

“ Baiklah .”

“ Adakah awak sudah bersedia untuk menceritakannya. Minum sedikit air untuk menenangkan diri awak dan habiskan rokok awak dulu. Dan selepas itu kita boleh mulakannya. Jangan risau, bertenang biarkan diri awak dalam keadaan yang selesa. Jika awak tidak mahu memandang kamera pun tiada masalah asalkan awak rasa selesa.”
Perbualan telah berjalan dan dia telah menceritakan kejadian tersebut. Selepas 15 minit kamera di matikan.

“ Saya tidak pasti sama ada perbualan ini hendak di rakam atau tidak. “

“ Jika begitu tidak mengapa, kita boleh rakamkannya jika awak rasa ingin musnahkan kita boleh musnahkannya.

“ Saya rasa saya perlu dapatkan nasihat daripada peguam saya dulu untuk meneruskan rakaman ini kerana ia melibatkan Najib dan kes liwat Anwar.”

“ Jika begitu, awak ceritakan dulu kepada saya dan kita buat keputusan kemudian sama ada ingin merakam nya atau tidak. “

“ Baiklah saya akan menceritakan mengenai Najib “

“ Oh, sebelum ini awak ada berjumpa dengan Najib

“ Sebenarnya, saya tidak menyangka yang kami akan berjumpa Najib. Saiful hanya memberitahu yang dia akan berjumpa Najib dan meminta saya untuk menemankannya. Jadi saya pun mengikutnya, pada mulanya saya agak terkejut kerana mereka membincangkan pelan untuk menjatuhkan Anwar dengan kes liwat. Saya tidak tahu tujuan saiful akan berbincang mengenai pekara itu.

“ Jadi awak tak tahu tujuan saiful berjumpa Najib adalah untuk berbincang mengenai tuduhan liwat Anwar “

“ Tak, Dia tidak memberitahu saya. Dia Cuma memberitahu saya yang dia ingin berjumpa Najib. Tetapi tidak memberitahu mengenai tujuannya.”


“ Jadi adakah ini di rancang ?”
“ Dirancang ?”
“ Jadi adakah najib sudah mengetahui perancangan saiful ?”

“ Saya tidak tahu .

“Adakah Najib kelihatan seolah-olah terkejut mendengar yang saiful di liwat ataupun seolah-olah beliau sudah mengetahui perancangan tersebut ?”

“ Najib seolah-olah sudah mengetahuinya, saya lihat wajahnya macam biasa tidak berubah walaupun saiful baru sahaja menceritakan rintihannya diliwat !”

“ Jadi dia tidak terkejutlah ataupun mukanya berubah ?”
“ Tak !“

“ Jadi melalui wajah serta tingkah laku Najib, Seolah-olah beliau sudah mengetahui perbincangan tersebut. Jadi hanya awak sajalah yang tidak mengetahui pekara ini ? Bagaimana pula orang-orang yang berada di sekeliling bilik tersebut ?

“ Mereka pun seolah-olah sudah mengetahui pekara ini. Rauk wajah mereka seperti pekara biasa yang sudah di bincangkan.”

Jadi pekara ini seolah-olah memang sudah telah di rancang dan orang sekeliling sudah mengetahuinya. Hanya awak sajalah yang tidak mengetahui pekara ini .

“ Mungkin.”

“ Tetapi kenapa saiful berbincang dengan Najib tentang pekara ini ?” Kenapa tidak di bincangkan dengan menteri-menteri yang lain ataupun ke Balai Polis?”

“ Saya tidak tahu.”

“ Adakah Najib memberi sebarang nasihat atau pandangan ?”

“ Tidak ”

“ Adakah Najib menyuruh Shaiful membuat laporan polis ?”
“ Tidak, Beliau hanya mendengar sahaja.”
“ Ada tak Najib bertanya Saiful “ Kenapa datang kepada saya dan menerangkn kepada saya mengenai kes ini ? Apa kaitannya dengan Menteri Pertahanan Malaysia dengan kes liwat

“ Tidak.”

“ Adakah awak merasa kes ini akan ada faedah yang di perolehi ? “ “ Awak sedar tak yang perbincangan tersebut sudah di ketahui semua orang tidajk termasuk awak. Seolah-olah seperti ingin menjadikan awak sebagai kambing hitam. Menjadikan awak sebahagian bukti bahawa ada orang luar yang boleh di jadikan saksi kononnya perbualan ini adalah seolah-olah perbualan aduan semata-mata.
“ Saya tidak pasti.”

“ Sebelum ini ada tak Saiful memberitahu ataupun mengadu kepada sesiapa sahaja mengenai beliau diliwat olah Anwar sebelum dating terus ke pejabat Najib?”

“ Tidak “


“ Jadi semasa perbualan dengan Najib itu lah kali pertama awak mendengar yang saiful rakan awak di liwat oleh Anwar.
“ Ya ”

“ Ada tak Saiful berbincang dengan Najib tentang pekara lain contohnya seperti yang di beri tahu saiful tentang biasiswa ?”
“ Tiada.”
“ Jadi mereka hanya membincangkan kes liwat sahaja ?”
“ Ya ”
“ Apa kata kalau saya merekodkan perbualan ini ?.”
“ Biar saya berbincang keputusan ini dengan peguam saya dulu dan jika saya bersetuju kita akan berakamkannya esok boleh ?”
“ Baiklah, Saya tidak akan memaksa. Kalau boleh saya tidak mahu awak memberitahu orang lain mengenai pekara ini dan pertemuan dengan saya “
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Kesimpulannya selepas perbualan ini saya pasti para pembaca sudah mengerti bagaimana dan untuk apa Saiful bertemu dengan Najib.Dan rakan Saiful yang tidak tahu apa-apa telah di ajak kononya di masa hadapan boleh membantu untuk di jadikan saksi seolah-olah saiful benar di liwat dan saiful ingin meminta bantuan dari Najib.
Namun hakikat sebenar pekara ini seolah-olah di rancang dan kawan Saiful hanya di perolokan kononya peristiwa ini baru berlaku. Sedangkan pekara ini telah di rancang lebih awal.

p/s: Saya xtahu kebenarannya lagi buat masa ini. Sumber post ni ialah: http://www.p99ampang.com/?p=654


Pelajari 150 rahsia silap mata
Thanks for watching...
Averagely, I made $0.72 every time peoples visit my page.Interested to Know how I did it? Here..

Related Posts by Categories



Widget diubahsuai oleh taiko

0 Comments:

Post a Comment



Update Video Baru Akan dihantarkan terus ke Emel anda. Masukkan Emel di bawah.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner


 

Blogger Template | Created by Adam Every | Modified by Blogger-Whore